PROMOSI PENGAMBILAN PELAJAR BAGI PROGRAM YANG MENARIK DITAWARKAN OLEH PIHAK KOLEJ KFCH INTERNATIONAL COLLEGE (KFCHiC) DIBUKA SEKARANG
UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT, SURAT TAWARAN DAN PINJAMAN
PENGAJIAN SEGERA SILA HUBUNGI:
NAMA : AMRAN
TEL :
Email: universityintake@counsellor.com
Sesiapa yang Berminat untuk mendapat surat tawaran
KFCHiC diminta untuk mesej SMS ATAU WHATSAPP <KFCH, NAMA PENUH,
NAMA KURSUS DIPLOMA, ALAMAT EMAIL JIKA ADA > yang hendak diambil,kepada En AMRAN TEL : . Anda juga boleh
menghubungi AMRAN, TEL :
Sebarang pertanyaan mengenai kemasukkan ke KFCHiC
bolehlah menghubung AMRAN, atau
email ke universityintake@counsellor.com untuk perbincangan selanjutnya.
PROGRAM MENARIK DI KFCHiC
KAMPUS KFCHic JOHOR BAHRU, JOHOR
Senarai program yang ditawarkan..
1. Diploma Pengurusan Hotel
2. Diploma Pengurusan Restoran
3. Diploma Seni Kulinari
4. Diploma Pengurusan Pelancongan
5. Diploma Pengurusan Acara
KAMPUS KFCHic PUCHONG
Senarai program yang ditawarkan..
1. Diploma Pentadbiran Perniagaan
2. Diploma Teknologi Maklumat
3. Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
ARKIB : 30/04/2012
Kuota anak peneroka di KFCH International College
KLUANG 29 April - KFC Holdings (M) Bhd. (KFCH) menjalin kerjasama dengan Felda untuk membolehkan anak-anak peneroka berkelayakan menyambung pengajian di Kolej Antarabangsa KFCH melalui kuota khas kepada mereka.
Pegawai pemasaran kolej itu, Imran A. Rahman berkata, kuota tersebut adalah khusus bagi pengajian di peringkat diploma dalam pelbagai bidang berkaitan perhotelan, kulinari dan sajian makanan.
Katanya, anak-anak peneroka terpilih akan diberi elaun sebanyak RM450 sebulan selain kemudahan asrama, pengangkutan dan penggunaan komputer riba.
"Laluan kerjaya selepas itu antaranya menjadi pelatih pembantu pengurus restoran milik KFC bukan sahaja di Malaysia, bahkan di Singapura, India, Brunei dan Kemboja.
"Peluang kerjaya lepasan Kolej Antarabangsa KFCH juga amat cerah khususnya di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia yang amat memerlukan tenaga kerja dalam bidang perhotelan, kulinari dan sajian makanan," katanya pada Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) 2012 peringkat daerah di sini baru-baru ini.
Kepak yang diadakan selama tiga hari dan berakhir hari ini di Kluang Walk @ Persiaran Dato' Haji Ismail Hassan itu bertujuan mendedah dan memadankan kumpulan sasar dengan peluang-peluang kerjaya setempat di negeri ini dan di Iskandar Malaysia.
Ia juga bertujuan menawarkan peluang-peluang penjanaan pendapatan melalui peniagaan kecil dan sederhana serta peningkatan kemahiran dan latihan semula.
Program itu anjuran bersama kerajaan negeri; Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor; Iskandar Malaysia; Majlis Amanah Rakyat (Mara); Skills Malaysia dan JobsMalaysia.
Rakan strategik yang menjayakan program itu antaranya Johor Corporation (JCorp); Majlis Perbandaran Kluang; Majlis Daerah Simpang Renggam; KPJ Health Care, KFC Holdings (Malaysia) Bhd., Kulim (Malaysia) Bhd. dan Tanjung Langsat Port serta banyak lagi.
Imran berkata, peluang menyambung pengajian di kolej itu dibuka kepada semua dan kemudahan pembiayaan pengajian turut disediakan bagi yang layak.
Antaranya kata beliau, biasiswa KFC selain pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Mara.
"Kursus yang ditawarkan memberi tumpuan kepada bidang pengurusan hotel dan restoran, hospitaliti, seni masakan, sains makanan, pengurusan acara, pengendalian makanan, kajian pengurusan halal dan pentadbiran perniagaan," katanya lagi.
Maklumat lanjut mengenai Kolej Antarabangsa KFCH di Puchong, Selangor dan Bandar Dato' Onn, Johor Bahru boleh didapati dengan melayari laman web www.kfchintake.blogspot.com
Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20120430/wj_04/Kuota-anak-peneroka-di-KFCH-International-College#ixzz372piqf6N
© Utusan Melayu (M) Bhd